Friday, July 8, 2011

ABCDEFGHIJKLMNOPQRSTUVWXYZ

A - Allah sentiasa memberikan yang terbaik buatku
B - Baik atau buruk sesuatu itu pasti ada hikmahnya
C - Carilah kebahagiaan hakiki sebelum mati menjemput diri
D - Dunia ini ujian sementara untuk semua
E - Elakkanlah diriku dari kekufuran dan kelalaian
F - Falah(kejayaan) pasti milikku
G - Gagal bukan penghujung buat diriku
H - Hatiku bersih dari dengki dan maksiat
I - Ikhlaslah aku dalam berbuat sesuatu
J - Jalan yang ku pilih ialah jalan yang benar
K - Kerana ALLAH aku hidup dan berjaya
L - Laluan berliku sekalipun akan ku tempuhi
M - Mati itu pasti dan aku tidak takut akannya
N - Nekad aku dalam berbuat sesuatu yang benar
O - Orang yang berilmu dan bertakwa itu kawanku
P - Pandanglah aku kerana kebaikan bukan kerana keburukan
Q - Quran peganganku sepanjang hayat
R - Rapatkanlah diriku dengan tuhanku
S - Sesalnya diriku jikalau aku lalai
T - Tak mungkin aku kalah
U - Untungnya menjadi diriku sendiri
V - Vaksin segala kesusahan ialah sabar
W - Walaupun aku kecil, aku boleh berjaya
Y - Yang memilih untuk berjaya atau gagal ialah aku
Z - Zahirku sentiasa hebat dan bagus

wHat I sAy...

I am available but not for sale,
Don't you ever expect me in your mail,
There's only one story beneath this veil,
It's modesty, and not an ad to hail,
Woo me not because you will surely fail,
You really really think I am that frail?
You're not a hammer and I'm not a nail,
Don't want a boyfriend, don't want that ale,
I would prefer to be stuck in a jail,
But I'm free of you and your fairytale,
If you want me then be the alpha male,
Don't hide in your shell like a slimy snail,
Be my husband, by Allah we stand still.

Sunday, July 3, 2011

i'm LettiNg y0u g0...and wAit f0r tHe nEw...

Assalamualaikum…
Today aku na jadik emo cikit…
Urm…how to start ha???
K la….camni citernyer…
Once upon a time, aku pernah couple ngan sowg lelaki ni….
Just for 1 week….
Urm…sekejap je kan….
Spnjg kitowg couple hati aku rasa ta tenang….
Semak (bahasa yang mudah faham)…urm…pernah ta kowg rasa cam 2…
Cut to da chase…makin lama aku knal dia makin aku selesa ngan dia….
Urm…bisikan syaitan la tu….
2 la keje syaitan kan….menghasut…tade rehat2…
Aku mengaku…kekadang aku tewas….
Manusia memang lemah….that includes me….
hambaNya yang selalu lalai….
Lalai dari megingati PENCIPTA….yang selalu dirindu…yang selalu diingati adalah yang diciptaNya…
Ta pulak aku sedar yang selalu aku ingat/rindu tu ialah yang haram bagiku….
Satu-satunya yang layak untuk diingati/dirindui ta pulak aku ingat/rindu….
Astaghfirullah Al-Adzim…
Ya Allah…ampunkan hambaMu ini Ya Allah…
Aku khilaf...
Alhamdulillah sekarang aku mampu kawal my emotion…little by little la…InsyaAllah…
The reason why aku letakkan title I’M LETTING YOU GO AND WAIT FOR THE NEW is because aku tengah berusaha na lupakan yang haram bagiku….
Yang aku tunggu adalah yang halal bagiku….
Aku ni bukanlah manusia yang baik….
Tapi yang aku inginkan dalam hidup aku adalah insan yang baik….
Maksud aku seorang yang mampu membimbing,menegur,memimpin aku…
Seorang yang aku boleh jadikan tempat untuk berlindung,meminta nasihat/pendapat…
Aku inginkan cinta yang halal….dari segi agama dan undang-undang….
Bukan sekadar cinta monyet….
Aku selalu fikir senangnyer couple2 kat luar 2 sebut I LOVE YOU kat pasangan masing2….
Murahnyer…
Bagi aku, I LOVE YOU hanya akan aku sebut pada suami aku yang sah nanti…
Ade lagik yang aku na cakapkan…
Tapi malas na tulis panjang2….
Nty lari topic plak….
Kata aku ustazah la penceramah la..dok nasihat n membebel ta brhenti….
Urmm…mungkin ayat aku kat bawah ni jiwang sikit bagi kowang yang taw perangai aku kat luar…hehe…
Aku pown ade soft site inside my heart taw…ngee…
Pintu hati aku tertutup untuk lelaki-lelaki biasa…
Ia hanya akan terbuka kepada lelaki-lelaki yang luarbiasa yang mampu untuk membukanya….
InsyaAllah…
Ya Allah…
Hantarkan mujahidku pada saat aku perlukan bimbingannya….
Ya Allah..
Dengan izinmu, akan aku tunggu kedatangannya walau dengan apa cara sekalipun…
Sesungguhnya apa yang engkau aturkan untuk semua hambaMu adalah yang terbaik…
Ya Allah peliharalah hati,akal,amalku serta mujahidku…
Semoga cinta kami kelak dapat meningkatkan cinta kami terhadapMu Ya Allah…
Ya Allah…
Berilah aku kelapangan dan kebijaksanaan untuk mencari hikmah disebalik kejadian yang berlaku….
Ya Allah makbulkanlah permintaan hambaMu yang hina ini Ya Allah…
Amin Ya Rabb..

Friday, July 1, 2011

Aku Cuma An-Nisaa

Ya Allah..
Jadikan aku tabah seperti Ummu Khadijah
Sehingga dirinya digelar afifah solehah
Dialah wanita pertama
Tiada ragu mengucap syahadah
Pengorbanan bersama Rasulullah
Susah senang bersama
Walau hilang harta kerana berdakwah
Walau dipulau 3 tahun 3 bulan
Imannya sedikit pun tak berubah
Mampukah aku setabah dirinya?
Andai diuji sedikit sudah rebah..
Baru dihina sudah mengalah
Ya Allah..tabahkan aku sepertinya..
Ya Allah..
Jadikan aku semulia Fatimah Az-Zahrah
Betapa tinggi kasihnya pada ayahandanya
Tidak pernah putus asa pada perjuangan dakwah baginda
Anak yang semulia peribadi baginda
Tangannya lah yang membersihkan luka
Tangannya jua yang membersihkan cela
Pada jasad Rasulullah tercinta
Gagahnya dirinya pada dugaan
Mampukah aku sekuat Fatimah?
Saat diri terluka dendam pula menyapa
Saat disakiti maki pula mengganti
Ya Rabbi..teguhkan hatiku sepertinya..
Ya Allah..
Jadikan aku sehebat Masyitah dan Sumaiyah
Tukang sisir yang beriman
dan Keluarga Yasir yang bertakwa
Sungguh kesabaran mereka menggoncang dunia
Iman tetap terpelihara walau nyawa jadi taruhan
Mampukah sabarku seperti mereka?
Tatkala digoda nafsu dunia..
Entah mana hilangnya Iman di dada
 Ya Rahman..
Kuatkan Imanku seperti Masyitah
Terjun penuh yakin  bersama bayi ke kuali mendidih
Kerana yakin Allah pasti disisi
Sabarkan aku seperti sumaiyah
Biar tombak menusuk jasad..
Iman sedikit pun takkan rapuh.
Ya Allah..
Jadikan aku semulia Ummu Sulaim
Perkahwinannya dengan Abu Talhah atas mahar Iman
Islamlah Abu Talhah sehingga menjadi sahabat Rasulullah
Betapa hebatnya tarbiyyah isteri pada suami
Hinggakan segala panahan ke Rasulullah pada hari uhud
Disambut dengan belakang jasad Abu Talhah
Ya Allah..
Tarbiyyahkan aku pada cinta sepertinya
Tingginya nilai cinta pada harga Iman
Mampukah aku menatap cinta itu?
Sedangkan rupa yang menjadi pilihan
Ketulusan Iman diketepikan
Ya Allah..
Ilhamkan aku pada cinta sepertinya..
Ya Allah...
Jadikan aku sehebat Aisya Humaira
Isteri termuda Rasulullah
Biar dilempar fitnah
Dia tetap teguh pada ketetapanNya
Isteri sejati yang memangku Nabi
Pada saat terakhir baginda
Hadis dan Sunnah Rasulullah dipertahankan
Betapa hatimu seorang mujahidah
Ya Allah..
Mampukah aku contohi dirinya?
Pada fitnah yang melanda
Diri mula goyah dan putus asa
Teguhkan Imanku sepertinya..Ya Rahim..
Ya Allah..
Teringat diri pada Khansa
Empat orang anaknya mati di Jalan ALLAH
Dia meratap tangis..
Anak sulungnya syahid
Anak keduanya turut syahid
Anak ketiganya dan keempat jua mati syahid
Namun tangisan itu bukan kerana pemergian anak tercinta
Jawabnya kerana tiada lagi anak yang dihantar untuk berjihad
Ya Allah..
Mampukah aku menjadi ibu yang berjihad?
Sedang anak tak tutup aurat pun masih tak terjawab
Sedang anak tinggal solat pun buat tak kisah
Berikan aku kekuatan sepertinya..
Agar bersedia pada akhirat.
Wahai kaum Adam yang bergelar khalifah..
Diriku bukan setabah Ummu Khadijah
Bukan jua semulia Fatimah Az-Zahrah
Apa lagi sesabar Masyitah dan Sumaiyah
Mahupun sehebat Ummu Sulaim
Dan tidak seteguh Aisya Humaira
Kerana diri cuma An-Nisaa akhir zaman
Dimana Aurat semakin dibuka terdedah
Dimana syahadah hanya pada nama
Dimana Dunia yang terus dipuja
Dimana nafsu fana menjadi santapan utama
Dimana batas sentiasa dileraikan
Dimana ukhwah sentiasa dipinggirkan
Wahai Kaum Hawa
Kita cuma An-Nisaa
Para pendosa yang terbanyak di neraka
Lantas walau tak setabah para Mujahidah
Namun Tabahlah pada ketetapan Allah
Kerana padanya ada Syurga!
Walau tak semulia para wanita sirah
Tapi muliakan diri dengan agama yang memelihara
kerana padanya ada Pahala!
Walau tak sesabar para wanita solehah
Namun sabarkan jiwa pada nafsu dunia yang menyeksa
Kerana padanya ada bahagia!
Sesungguhnya Hawa tercipta dari Tulang rusuk kaum Adam
Bukan untuk ditindas kerana lemah
Tapi untuk dilindungi kerana Indah
dan Indah apabila tertutup terpelihara
Kerana disitulah terjaganya Syahadah
Bak mekarnya wanita dalam sirah
Tuntunlah kami ke arah syurga..
Bicara dari An-Nisaa yang hina..
Makbulkan doaku..
Aamiin..