Thursday, April 14, 2011

ya Akhi...kU tuNggU piNanGanMu...

♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•♫♥♥♥♥♥♥♫•*¨•*¨*•♫♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
Akhi..
Jangan engkau puja puji aku bila pujianmu hanyalah janji-janji yang tak menentu.
Hanya membuatku terlena dan terbuai hingga aku lupa bahawa kita sedang bermaksiat.
Kau puji diriku, tapi kau hanya ingin membuatku tersenyum dan makin terbuai rayuanmu.
Tidak..tidak akhi, aku ingin kau puji setelah kau halal bagiku.
Maka datangilah waliku akhi..ku tunggu pinanganmu..

Akhi..
Tak akan aku langgar iffahku dengan ajakan khalwat dari mu.
Engkaupun sebenarnya tahu,hal itu hanya akan menimbulkan badai kelabu yang membuat kita tak berdaya kerana pihak ketiga yang tak lain ialah syaitan yang ada di dekat kita. Maka datangilah waliku akhi..ku tunggu pinanganmu..

Akhi..
Jagalah sikapmu padaku, maka akanku jaga sikapku padamu, aku lemah akan sanjunganmu. Kecintaan ini ingin aku persembahkan kelak untuk suami, cinta dan kasih ini yang akan aku tuai untuk mencari keredhaan suami kelak. Jadi bagaimana mungkin aku mencintaimu pada hal yang tidak halal bagi aku, tentu Allah tak akan pernah redha padaku. Maka datangilah waliku akhi..ku tunggu pinanganmu..

Akhi..
Jilbabku untuk melindungi kehormatanku, santunku untuk menjaga iffah. Jangan kau lenakan aku agar aku lepas kehormatan di hadapanmu sebelum engkau halal bagiku. Aku ingin engkau ikut menjaga kehormatan aku dengan menjagaku, bukan malah membawa pada kenistaan. Agar kau mampu menjagaku secara utuh, maka datangilah waliku akhi..ku tunggu pinanganmu..

Akhi..
Aku memang tak sesempurna Aisyah dalam kecerdasannya ataupun Fatimah dengan kelembutannya. Tapi aku akan berusaha cerdas layaknya Aisyah dalam naunganmu dan aku akan berusaha selembut Fatimah dalam menenangkanmu. Maka datangilah waliku akhi..ku tunggu pinanganmu..

Akhi..
Kau memang tak sehebat Ali ataupun sekuat Umar,tapi kau akan menjadi hebat layaknya Ali ketika kau menjaga aku dalam kelemahan aku dan kau akan sekuat Umar agar aku tidak selalu menjadi tulang yang bengkok. Aku perlukan imam yang mampu menjaga keimanan, bukan yang membawaku pada jurang maksiat. Maka datangilah waliku akhi..ku tunggu pinanganmu..

Sungguh,aku memang tidak mampu menahan kala aku jatuh hati, tapi aku tak akan membuka pesonaku hanya kerana cinta yang menuntut nafsu pada keramahan syaitan padaku. Bukanlah jatuh cinta bila kau ajak aku pada kemaksiatan. Bila kau memang jatuh cinta padaku, jangan kau bebankan deritamu pada hati yang akan menuntutmu untuk berbuat nista. Izinkan aku menjaga hatimu, agar kita dapat bersama di JannahNya. Maka datangilah waliku akhi..ku tunggu pinanganmu..


“Wahai jika engkau memiliki cinta
Dan telah terdorong dengan kerinduan
Maka anggaplah jarak perjalanan itu dekat
Kerana kecintaan dan kerelaanmu pada penyeru
Ketika mereka menyeru..!!
Maka katakanlah,aku penuhi panggilanmu.
Seribu kali dengan sempurna
Janganlah kau berpaling
Hanya kerana melihat gerimis
Jika engkau melihatnya “( Fii Zilalil Mahabbah )”

No comments:

Post a Comment